TENTANG KAMI

  • Edit

Pelayang Johor adalah sebuah persatuan yang bernaung di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang.

Ahli-ahlinya adalah terdiri dikalangan peminat-peminat atau pencinta wau tradisional dari seluruh negeri Johor yang mana sehingga hari ini jumlah ahli keseluruhannya telah melebihi angka 500 orang.

Sehingga hari ini Pelayang Johor telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti membuat persembahan, bengkel, pertandingan, pameran serta festival antarabangsa.

Pelayang Johor digerakkan oleh jentera-jentera utamanya yang terdiri dari ajk-ajk dan juga biro-biro yang telah dilantik seperti:

a) Biro Teknikal & Pembangunan
b) Biro Ekonomi
c) Biro Pengadilan
d) Biro Promosi / Seranta

TARIKH PENUBUHAN

Diiktiraf pendaftaran pertubuhan pada 27 november 1995 di bawah akta pendaftaran pertubuhan 1966

NO. PENDAFTARAN 3470/95 (Johor)

ALAMAT URUSAN

ARAS 19, JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR, MALAYSIA

TEL : 607-2547777 @ 607-2527796
FAX : 607-2515260 @ 607-2526423
E-MAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

LOGO

REKABENTUK

Lambang persatuan adalah sebuah wau merak warna biru di hadapan dan warna merah di belakangnya. Perkataan pelayang johor dalam warna biru ada dicatitkan melintang lambang.

KETERANGAN

Wau merak adalah wau tradisional negeri johor dan juga melambangkan aktiviti riadah yang dijalankan oleh persatuan. Warna biru melambangkan warna langit. Warna merah melambangkan persatuan yang sifat cergas. Perkataan pelayang johor adalah nama ringkas persatuan.

TUJUAN & MATLAMAT

Mengumpul pencinta-pencinta wau bagi mencipta rekabentuk seni budaya wau tradisi dan layang-layang moden.

Berusaha memperkembangkan seni budaya wau tradisi dan layang-layang moden dikalangan masyarakat malaysia.

Menjalin hubungan muhibbah dikalangan masyarakat berbilang bangsa melalui penyertaan dalam seni budaya wau dan layang-layang diperingkat tempatan/kebangsaan dan antarabangsa.

Berikhtiar menambah kumpulan wang dan harta samada tetap, bergerak, untuk tujuan faedah persatuan dan ahli dengan syarat kebenaran bertulis pihak berkuasa tertentu diperoleh terlebih dahulu.

KEAHLIAN & YURAN

AHLI BIASA

Terbuka kepada warganegara malaysia 16 tahun ke atas dan tinggal di negeri Johor Darul Takzim. Permohon yang berumur di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga yang sah.

YURAN

Bayaran masuk : RM3.00
Yuran tahunan : RM5.00

AHLI SEUMUR HIDUP

Ahli biasa atau pemohon baru yang membayar RM100.00 sekaligus diterima sebagai ahli seumur hidup dan dikecualikan daripada membayar yuran tahunan serta mempunyai hak yang sama dengan ahli biasa.