MUZIUM

  • Edit

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang merupakan yang pertama di Malaysia yang mempamirkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan layang-layang.

Muzium yang dibina hasil dari sumbangan para pelayang dari Malaysia dan juga antarabangsa mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Februari 2002 semasa Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-7.

 

Sehingga kini terdapat lebih dari 200 buah layang-layang di dalamnya yang mana kira-kira 100 buah darinya adalah jenis yang dipertandingkan di Bukit Layang-Layang yang lebih dikenali sebagai Wau Tradisional Malaysia.

 

Jika anda ke sana jangan lupa untuk menyaksikan Bengkel Membuat Wau yang mempamirkan cara-cara membuat Wau Tradisional ini dari mula sehingga anda membawa balik Wau anda sendiri.

 

Maklumat Muzium:

 

Aras 1

  • Sejarah layang-layang antarabangsa
  • Pameran layang-layang antarabangsa
  • Kronologi festival layang-layang antarabangsa
  • Cendehati festival
  • Bilik pandang dengar

Aras 2 

  • Sejarah wau tradisi
  • Bahagian wau tradisi
  • Sejarah wau Malaysia
  • Terminologi wau
  • bahan-bahan wau
  • bahan-bahan untuk membuat wau
  • peralatan untuk menaikkan wau
  • bengkel mempromosikan wau
  • cenderahati johorcraft
  • wau tradisional
  • informasi

Waktu dibuka

Hari Masa
isnin,khamis 9.30am-5.00pm
rabu,selasa,sabtu,ahad 8.00am-5.00pm
rehat 1.00pm-2.00pm
jumaat 9.00am-5.00pm
rehat 12.30pm-2.45pm


Bayaran Masuk

Dewasa RM 2.00
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM 1.00