SELAMAT DATANG

  • Edit

Pelayang Johor adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat dan ahli-ahli persatuan pelayang di seluruh negara bahkan kini telah meniti dari bibir ke bibir sehingga ke dunia luar ekoran dari kejayaannya menganjurkan festival bertaraf antarabangsa pada setiap tahun sejak lebih 10 tahun yang lepas.

Kekuatan pada persatuan dapat dilihat dari kejayaan demi kejayaan yang dicapai membuatkan nama Pelayang Johor mulai dikenali ramai sehingga hari ini yang mana dengan penganjuran acara tahunan festival berkenaan secara tidak langsung telah membuatkan nama Pasir Gudang telah menjadi masyhur di peta dunia.

Prestasi yang ditunjukkan oleh Pelayang Johor juga telah diiktiraf oleh semua persatuan-persatuan pelayang dari negeri lain dimana sehingga ke hari ini Pelayang Johor telah diberi kepercayaan untuk menerajui Majlis Pelayang Malaysia.