Pelayang Johor adalah sebuah persatuan yang bernaung di bawah Johor Corporation melalui Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang. Ahli-ahlinya adalah terdiri dari penggiat, pembuat serta peminat layang-layang moden dan wau tradisional dari seluruh negeri Johor. Jumlah keahlian sehingga kini adalah melebihi angka 300 orang.
Antara aktiviti-aktiviti Pelayang Johor adalah membantu menganjurkan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang dan lain-lain festival seperti di Tumpat, Kelantan dan Bintulu, Sarawak; mengadakan persembahan, bengkel serta pameran di seluruh negeri Johor dan negara, serta mewakili negara dalam menyertai festival layang-layang antarabangsa seperti di Australia, Brunei, China, Eropah, India, Indonesia dan Thailand.
Pelayang Johor digerakkan oleh jentera-jentera utamanya yang terdiri dari ajk-ajk dan juga biro-biro yang telah dilantik seperti:
a) Biro Teknikal & Pembangunan
b) Biro Ekonomi
c) Biro Pengadilan
d) Biro Promosi / Seranta
BORANG KEAHLIAN
Untuk menjadi ahli Persatuan Pelayang Johor, sila muat-turun Borang Keahlian di sini.