logo3
Statistics
  • Total Users: 218
  • Total Hits: 750,966
  • Total Visitors: 509,221
  • Total Photos: 545
  • Total Journal Entries: 4
  • Total Comments: 2
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 3
Main Menu
Pelayang Johor
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 

My Blog

Seramai 15 orang ahli Pelayang Johor telah menyertai Malaysia-China Kite Festival, di Dataran Pahlawan Melaka pada 1 Jan 2009. Pelayang-pelayang dari China pula adalah mereka yang datang dari Nanjing dan Beijing.

 

Festival itu dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YBhg Datuk Othman Muhamad  sebagai mewakili YAB Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

 

 

 

 

 

 

Keadaan cuaca tidak memuaskan. Tiada angin dan hujan renyai-renyai. Layang-layang tidak dapat dinaikkan.

Oleh kerana layang-layang tidak dapat dinaikkan, maka Pelayang-pelayang Johor telah menaikkan perut mereka di Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai dengan tajaan Tuan Fadhil.

  

Posted by: Pelayang Johor - 27/09/08 @ 12:13AM

 Festival Layang-Layang sempena Hari Kemerdekaan ini telah di adakan di Melaka pada 30 Ogos 2008 yang lalu di Dataran Pahlawan, Melaka. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow sebagai mewakili YAB Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Seramai 10 orang Pelayang Johor telah terlibat membuat pertunjukan.

 

  Badroul sedang beraksi  dengan layang-layangnya. Lihat gambar-gambar lain dalam Album Gambar.

 

 

  

Posted by: Pelayang Johor - 27/08/08 @ 9:58AM

Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ke 4 telah berlangsung dari 18-24 Ogos 2008 di Bintulu Sarawak. Sila lihat gambar-gambar kenangan dalam Album Gambar.

Pelayang Johor telah terlibat membantu Urusetia, membuat pertunjukan dan menyertai pertandingan Wau Tradisi.

Kejayaan Pelayang Johor di dalam festival ini sangat membanggakan. Butir-butir kejaayaan adalah seperti berikut:

  1. Johan Wau Bulan Naik Kebangsaan - Rahman Mian (Samad)
  2. Johan Pembuatan Wau jalabudi Bengkel Kebangsaan - Sudin & Shukri
  3. Johan Wau Sobek Kenyalang Kebangsaan - A.M. Ismail
  4. Naib Johan Pembuatan Wau Jalabudi Bengkel Kebangsaan - Ramli & Laily
  5. Naib Johan Menaikkan Wau Jalabudi Bengkel Kebangsaan - Ramli & Laily
  6. Naib Johan Rokaku Challenge - Fadhil
  7. Ketiga Wau Sobek JalabudiKebangsaan - Laily
  8. Ketiga Wau Ciptaan 3 D Guitar - Ramli
  9. Ketiga Grand Prix Bintulu - Rahman Mian (Samad)
  10. Keempat Menaikkan Wau Jalabudi Bengkel Kebangsaan - Sudin & Shukri
  11. Kelapan Sobek kenyalang Kebangsaan - A.M. Ismail
  12. Kelapan Wau Ciptaan 3 D Sponge Bob - Sater Kasdi
  13. Kesembilan Wau Ciptaan 3 D Wisel - Farhan Ramli

TAHNIAH.. SEMOGA LEBIH CEMERLANG DI MASA HADAPAN.

Posted by: Pelayang Johor - 06/08/08 @ 8:52AM

Festival Layang-Layang Asia telah dijalankan di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan dari 23-28 Mei 2008. Pelayang Johor telah menghantar 2 Tim Wau Tradisi serta Tim Pertunjukan bagi menjayakan festival tersebut.

Sila lihat gambar-gambar kenangan di dalam Album Gambar

Antara kejayaan Pelayang Johor dalam festival itu adalah:

  1. Johan Wau Bulan Besar Naik - A.M. Ismail
  2. Johan Wau Bengkel (Pembuatan) - Sudin & Shukri
  3. Ketiga Wau Bengkel (Naik) - Sudin & Shukri
  4. Kedua Wau Kucing Naik - Talib
  5. Keempat Wau Kucing Naik - Sater Kasdi
  6. Kelima Wau Daun Naik  - Sater kasdi
  7. Ketiga Rokaku Fight - Badroul
  8. Keenam Wau Sobek Cantik Puyuh - A.M. Ismail

 


RSS 2.0
Powered by SiteX 0.7 Beta. Copyright 2004-2010 BJ Sintay. All rights reserved.
Content and media is the responsibility of the site owner.